Salam sejahtera, pelajar-pelajar!
New York? Apa sebenarnya berita kali ini? Pelancongan honeymoon Cikgu Haizi dengan suaminya? Percutian a.k.a. lawatan sekolah ke sana?
Tidak! Baru-baru ini, kementerian telah menganjukan PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR di New York! Wah, di New York?!
Tidak juga! Ia sebenarnya di KAMPUNG NEW YORK, SEBERANG SUNGAI NEW ZEALAND, SARAWAK!
Program yang berlangsung selama sebulan ini disertai oleh 30 orang pelajar diiringi oleh guru pengiring (eh, sudah namanya cikgu pengiring, pastilah tugasnya mengiringi!) iaitu Cikgu Fauzi, Cikgu Nora Danash dan lain-lain.
Psst... Gosip hangat, kumpulan popular The Wannababes pun turut menyertai program ini! Eh, benarkah ini satu realiti? Atau cubaan semata-mata? :P
Butiran Program
Tempat: Perkampungan New York, Sarawak
Peserta: 30 orang
Temu Ramah dari Peserta
"No comment." -Linda The Wannababes
"Pengalaman yang paling bermakna, dapat berkenalan dengan orang-orang yang peramah!" -Sarimah binti Berahim
"Memang terbaiklah!" -Faezal bin Rahiman~Pai'e
Sekian sahaja laporan kali ini. Terima kasih. :)
No comments:
Post a Comment