Assalamualaikum, hai!
Masih ingatkah awak semua kepada website Buletin Sri Bangsar di sekolahsribangsar.com? Ya? Pastinya awak sudah sedia maklum tentang website yang sehingga kini tergendala dan tidak dapat dilayari lagi!
Jangan risau! Kini, website baru dibina dan Insya-Allah tidak akan mengalami kerosakan server lagi. Untuk maklumat, laman web ini tidak diusahakan oleh Kak Ain Maisarah atau pihaknya, tetapi hanya laman web biasa-biasa hanya untuk suka-suka sahaja! Bak kata orang putih, mock website!
Untuk pengetahuan anda, Sekolah Sri Bangsar merupakan sekolah imaginasi ciptaan Ain Maisarah untuk novel-novelnya di dalam Blink Book Sdn. Bhd. Sudah pastilah sekolah ini tidak wujud!
Saya dimaklumkan bahawa laman web terdahulu mempunyai aplikasi sistem tingkatan yang mana ahli senior akan dinaikkan tingkatan sehingga tingkatan 5. Namun, memandangkan ini hanyalah blogspot biasa, sistem itu tidak boleh digunapaki. :(
Akhir kata, selamat datang dan selamat membaca edisi mock bulletin Sri Bangsar!
No comments:
Post a Comment