Monday, 29 December 2014

Ha, Tambah Seminggu Cuti!

 Asalamualaikum,      

Cuti sekolah akhir tahun telah hampir ke penghujungnya...
Waktu persekolahan semakin menghampiri...

Untuk makluman semua, tarikh persekolahan kita sudah ditukar, berikutan akibat banjir di pantai timur.

Tarikh sesi persekolahan 2015 ialah Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor bermula pada 11 Januari 2015. Manakala negeri-negeri yang lain pula bermula 12 Januari 2015.

Saturday, 27 December 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah!

Asalamualaikum,

     Selamat kembali ke alam persekolahan! Tentu ramai yang masih sibuk dengan persiapan untuk pergi ke sekolah. Anda perasan tak bila anda pergi membeli-belah anda akan melihat jualan 'back to the school' di setiap tempat kita bershopping. Untuk makluman semua anda akan mula bersekolah pada 4 Januari 2015 bagi Kedah, Kelantan & Terengganu. Manakala bagi negeri yang lain anda akan mula bersekolah pada 5 Januari 2015. Dan jangan lupa pada musim banjir ini elakkan keluar bermain banjir di luar. Kerana dikhuatiri akan terkena 'sesuatu'. 

Takziah

Asalamualaikum,    

Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum akan musibah bertubi-tubi yang menimpa negara kita.

Antaranya ialah kehilangan pesawat MH370, kejadian MH17 di ditembak, dan yang terkini, banjir besar yang melanda di hampir sebahagian negara kita iaitu di pantai timur. 

Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Malaysia. Saya dan seluruh admin blog ini mengucapkan takziah buat penduduk yang terkandas. Semoga banjir akan surut memandangkan sesi persekolahan 2015 akan bermula beberapa hari lagi.

Doakan mereka ya, kawan-kawan!

Sumber: Oh! Media



Selamat Bercuti!

Asalamualaikum,

     Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua orang. Mungkin pada masa ini ramai orang sedang membalut buku, membeli baju sekolah, terutamanya yang hendak masuk tahun 1 & tingkatan 1. Saya minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak update post. Puncanya adalah disebabkan kemalasan yang melanda. Ini pun disebabkan kakak saya mengingatkan saya tentang blog ini. Lebih sebulan saya tidak mengupdate blog. Jadi pada hari ini saya akan update post sebanyak 3 kali.

Saturday, 1 November 2014

Hari Sukan, Acara Tahunan, Sukantara dan Program Merentas Bandar

14 Februari - Program Merentas Bandar

3 Mac - Hari Sukantara Sekolah Sri Bangsar

10-23 Mac - Acara Saringan antara Rumah Sukan

28 Mac - Acara Kemuncak - Sukan Tahunan Sekolah Sri Bangsar

Nama Kapten Rumah Sukan Sekolah Sri Bangsar

Nama-nama kapten-kapten rumah sukan ialah: 

Kapten Rumah Biru - Tengku Affin bin Tengku Suhaimi

Kapten Rumah Merah - Fahrinudin Faiz bin Rahiman

Kapten Rumah Hijau - Anuar bin Harisman

Kapten Rumah Kuning - Farid bin Kamal



Wednesday, 22 October 2014

Sukantara Sekolah Sri Bangsar

Atur Cara Sukantara Sekolah Sri Bangsar

Tarikh: 3 November
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang.


8.00 pagi: Upacara pembukaan.

8.10 pagi: Pembacaan doa.

8.15 pagi: Ucapan Yang Berbahagia Puan Pengetua Sekolah Sri 
Bangsar.

8.30 pagi: Ucapan Guru Kokurikulum Sekolah Sri Bangsar.

8.45 pagi: Perjumpaan Kapten Rumah Sukan dengan semua ahlinya.

9.00 pagi: Acara 1 bermula: Larian 100 meter dan 200 meter.

11.00 pagi: Acara 2 bermula: Lompat tinggi.

1.00 petang: Makan tengah hari, rehat dan solat Zohor.

2.00 petang: Acara 3 bermula: Lompat jauh.

4.00 petang: Acara 4 bermula: Lempar peluru.

6.00 petang: Pengumuman juara Sukantara & penutupan sukantara.

Uji Bakat Mencari Penyanyi Utama Kelab Koir

Syarat- Syaratnya

  • Terbuka untuk semua pelajar Sri Bangsar
  • Ada bakat menyanyi
  • Mesra pentas
  • Pandai menari
Uji bakat akan diadakan:

Hari: Isnin
Jam: 2.00 petang
Tempat: Dewan perhimpunan



(Boleh bawa prop sekiranya mahu.)

Friday, 17 October 2014

Blog Bersawang

Asalamualaikum,
                                                                                                             Kami memohon maaf kerana sudah lama tidak update post baru. Sebenarnya kami sibuk dengan pelajaran. Saya baru sahaja habis peperiksaan yang menentukan kelas saya untuk tahun depan pada sekolah pagi. Kemudian, minggu hadapan dan minggu seterusnya saya pula akan periksa akhir tahun untuk menentukan siapa yang mendapat nombor 1, 2 dan 3 dan nombor last. Insyaallah, jika saya rajin nak update post saya akan post. Tolong doakan saya dan kakak saya yang sedang periksa PT3 ya :).

Selamat Hari Raya Aidiladha

Asalamualaikum,

Kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha dari ahli The Wannababes!

Dari: Ahli The Wannababes dan seluruh warga Sekolah Sri Bangsar
:)

P/S: Cikgu Amnah & Cikgu Haizi pun mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha :)





Saturday, 20 September 2014

Tokoh Maal Hijrah

Baru-baru ini, terdapat perlantikan untuk Tokoh Maal Hijrah tahun ini. 

Menurut temubual bersama Ustazah Jamilah, pemilihan tokoh ini dibuat pada pertengahan tahun untuk menjadi teladan buat pelajar-pelajar lain sepanjang tahun. Maksudnya, tokoh tersebut tidaklah beraksi semasa sambutan Maal Hijrah sahaja.

Tokoh Maal Hijrah tahun ini disandang oleh...

Farah Aryani binti Jamaludin -5B
Shazarina binti Azman -5B

Perlantikan ini sekaligus memberi lesen kepada mereka berdua untuk menguruskan kolum Panitia Pendidikan Islam di laman web sekolah (sedia maklum, ini bukan laman rasmi ya!). Wah, nampaknya mereka berdua akan menjadi kolumnis!

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada dua orang tokoh kita. :)


Kem Sorak

Pada minggu lalu, sepuluh orang wakil dari team sorak Sekolah Sri Bangsar telah menyertai sebuah kem sorak.

Butiran Kem

Tempat     : Universiti Selatan Malaysia, Johor
Peserta     :  Fasharina, Shasha, Fazura, Linda, Nana, Diana, Sazzy, HudHud, Sally dan Nini.

Berita gembira, memandangkan pasukan kita tiba lambat di kawasan anjuran, hostel penginapan telahpun penuh. Namun begitu, mereka disediakan banglo (wah!) sebagai tempat penginapan sementara, berkongsi dengan pasukan debat dari Sekolah Menengah Agama Sungai Siput.

Temu Ramah dengan Peserta

"Pengalaman paling mengujakan." -Sally

"Saya tak mungkin jejakkan kaki di sana lagi!" -Fazura

Friday, 19 September 2014

Pencarian Berakhir

Masih ingat pada ujibakat mencari Romeo dan Juliet?

Romeo pilihan hati sudah ada!

Iaitu Fahrinudin Faiz Rahiman.

Namun begitu, dia digantikan dengan Faezal Rahiman (Pai'e) atas sebab-sebab tertentu.

Untuk Juliet? Keputusan masih samar-samar...

Harap maklum :)

Temu Ramah bersama Pai'e

"Saya berasa teruja. Saya sebenarnya sudah menyangka bahawa saya pasti akan menjuarainya." -Pai'e

Kelab Teater Sri Bangsar

Sempena Festival Teater Negara anjuran Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKWA).


Kelab Teater Sri Bangsar

di bawah kendalian:

Cikgu Jasmine Ahmad

dengan bangganya membawakan untuk anda

Teater

Romeo & Juliet

Kami sedang mencari

Romeo & Juliet Sri Bangsar

bagi digandingkan memegang teraju utama.

Sekiranya berminat, sila hadiri uji bakat berikut:

Romeo: Khamis, 2.00 petang

Juliet: Jumaat, 2.30 petang

Tempat: Dewan Dato' Seri Ainon Maisarah

JUMPA ANDA DI SANA!

Catatan: Sila dapatkan skrip uji bakat di bilik Kelab Teater. Cepat! Bilangan naskah adalah terhad.

New York?!

Salam sejahtera, pelajar-pelajar!

New York? Apa sebenarnya berita kali ini? Pelancongan honeymoon Cikgu Haizi dengan suaminya? Percutian a.k.a. lawatan sekolah ke sana?

Tidak! Baru-baru ini, kementerian telah menganjukan PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR di New York! Wah, di New York?!

Tidak juga! Ia sebenarnya di KAMPUNG NEW YORK, SEBERANG SUNGAI NEW ZEALAND, SARAWAK!

Program yang berlangsung selama sebulan ini disertai oleh 30 orang pelajar diiringi oleh guru pengiring (eh, sudah namanya cikgu pengiring, pastilah tugasnya mengiringi!) iaitu Cikgu Fauzi, Cikgu Nora Danash dan lain-lain.

Psst... Gosip hangat, kumpulan popular The Wannababes pun turut menyertai program ini! Eh, benarkah ini satu realiti? Atau cubaan semata-mata? :P

Butiran Program

Tempat: Perkampungan New York, Sarawak

Peserta: 30 orang

Temu Ramah dari Peserta

"No comment." -Linda The Wannababes


"Pengalaman yang paling bermakna, dapat berkenalan dengan orang-orang yang peramah!" -Sarimah binti Berahim


"Memang terbaiklah!" -Faezal bin Rahiman~Pai'e


Sekian sahaja laporan kali ini. Terima kasih. :)



Sunday, 31 August 2014

Perkenalan

Assalamualaikum, hai!

Masih ingatkah awak semua kepada website Buletin Sri Bangsar di sekolahsribangsar.com? Ya? Pastinya awak sudah sedia maklum tentang website yang sehingga kini tergendala dan tidak dapat dilayari lagi!

Jangan risau! Kini, website baru dibina dan Insya-Allah tidak akan mengalami kerosakan server lagi. Untuk maklumat, laman web ini tidak diusahakan oleh Kak Ain Maisarah atau pihaknya, tetapi hanya laman web biasa-biasa hanya untuk suka-suka sahaja! Bak kata orang putih, mock website!

Untuk pengetahuan anda, Sekolah Sri Bangsar merupakan sekolah imaginasi ciptaan Ain Maisarah untuk novel-novelnya di dalam Blink Book Sdn. Bhd. Sudah pastilah sekolah ini tidak wujud!

Saya dimaklumkan bahawa laman web terdahulu mempunyai aplikasi sistem tingkatan yang mana ahli senior akan dinaikkan tingkatan sehingga tingkatan 5. Namun, memandangkan ini hanyalah blogspot biasa, sistem itu tidak boleh digunapaki. :(

Akhir kata, selamat datang dan selamat membaca edisi mock bulletin Sri Bangsar!