Saturday, 20 September 2014

Tokoh Maal Hijrah

Baru-baru ini, terdapat perlantikan untuk Tokoh Maal Hijrah tahun ini. 

Menurut temubual bersama Ustazah Jamilah, pemilihan tokoh ini dibuat pada pertengahan tahun untuk menjadi teladan buat pelajar-pelajar lain sepanjang tahun. Maksudnya, tokoh tersebut tidaklah beraksi semasa sambutan Maal Hijrah sahaja.

Tokoh Maal Hijrah tahun ini disandang oleh...

Farah Aryani binti Jamaludin -5B
Shazarina binti Azman -5B

Perlantikan ini sekaligus memberi lesen kepada mereka berdua untuk menguruskan kolum Panitia Pendidikan Islam di laman web sekolah (sedia maklum, ini bukan laman rasmi ya!). Wah, nampaknya mereka berdua akan menjadi kolumnis!

Selamat maju jaya saya ucapkan kepada dua orang tokoh kita. :)


Kem Sorak

Pada minggu lalu, sepuluh orang wakil dari team sorak Sekolah Sri Bangsar telah menyertai sebuah kem sorak.

Butiran Kem

Tempat     : Universiti Selatan Malaysia, Johor
Peserta     :  Fasharina, Shasha, Fazura, Linda, Nana, Diana, Sazzy, HudHud, Sally dan Nini.

Berita gembira, memandangkan pasukan kita tiba lambat di kawasan anjuran, hostel penginapan telahpun penuh. Namun begitu, mereka disediakan banglo (wah!) sebagai tempat penginapan sementara, berkongsi dengan pasukan debat dari Sekolah Menengah Agama Sungai Siput.

Temu Ramah dengan Peserta

"Pengalaman paling mengujakan." -Sally

"Saya tak mungkin jejakkan kaki di sana lagi!" -Fazura

Friday, 19 September 2014

Pencarian Berakhir

Masih ingat pada ujibakat mencari Romeo dan Juliet?

Romeo pilihan hati sudah ada!

Iaitu Fahrinudin Faiz Rahiman.

Namun begitu, dia digantikan dengan Faezal Rahiman (Pai'e) atas sebab-sebab tertentu.

Untuk Juliet? Keputusan masih samar-samar...

Harap maklum :)

Temu Ramah bersama Pai'e

"Saya berasa teruja. Saya sebenarnya sudah menyangka bahawa saya pasti akan menjuarainya." -Pai'e

Kelab Teater Sri Bangsar

Sempena Festival Teater Negara anjuran Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (KEKKWA).


Kelab Teater Sri Bangsar

di bawah kendalian:

Cikgu Jasmine Ahmad

dengan bangganya membawakan untuk anda

Teater

Romeo & Juliet

Kami sedang mencari

Romeo & Juliet Sri Bangsar

bagi digandingkan memegang teraju utama.

Sekiranya berminat, sila hadiri uji bakat berikut:

Romeo: Khamis, 2.00 petang

Juliet: Jumaat, 2.30 petang

Tempat: Dewan Dato' Seri Ainon Maisarah

JUMPA ANDA DI SANA!

Catatan: Sila dapatkan skrip uji bakat di bilik Kelab Teater. Cepat! Bilangan naskah adalah terhad.

New York?!

Salam sejahtera, pelajar-pelajar!

New York? Apa sebenarnya berita kali ini? Pelancongan honeymoon Cikgu Haizi dengan suaminya? Percutian a.k.a. lawatan sekolah ke sana?

Tidak! Baru-baru ini, kementerian telah menganjukan PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR di New York! Wah, di New York?!

Tidak juga! Ia sebenarnya di KAMPUNG NEW YORK, SEBERANG SUNGAI NEW ZEALAND, SARAWAK!

Program yang berlangsung selama sebulan ini disertai oleh 30 orang pelajar diiringi oleh guru pengiring (eh, sudah namanya cikgu pengiring, pastilah tugasnya mengiringi!) iaitu Cikgu Fauzi, Cikgu Nora Danash dan lain-lain.

Psst... Gosip hangat, kumpulan popular The Wannababes pun turut menyertai program ini! Eh, benarkah ini satu realiti? Atau cubaan semata-mata? :P

Butiran Program

Tempat: Perkampungan New York, Sarawak

Peserta: 30 orang

Temu Ramah dari Peserta

"No comment." -Linda The Wannababes


"Pengalaman yang paling bermakna, dapat berkenalan dengan orang-orang yang peramah!" -Sarimah binti Berahim


"Memang terbaiklah!" -Faezal bin Rahiman~Pai'e


Sekian sahaja laporan kali ini. Terima kasih. :)