Monday, 29 December 2014

Ha, Tambah Seminggu Cuti!

 Asalamualaikum,      

Cuti sekolah akhir tahun telah hampir ke penghujungnya...
Waktu persekolahan semakin menghampiri...

Untuk makluman semua, tarikh persekolahan kita sudah ditukar, berikutan akibat banjir di pantai timur.

Tarikh sesi persekolahan 2015 ialah Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor bermula pada 11 Januari 2015. Manakala negeri-negeri yang lain pula bermula 12 Januari 2015.

Saturday, 27 December 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah!

Asalamualaikum,

     Selamat kembali ke alam persekolahan! Tentu ramai yang masih sibuk dengan persiapan untuk pergi ke sekolah. Anda perasan tak bila anda pergi membeli-belah anda akan melihat jualan 'back to the school' di setiap tempat kita bershopping. Untuk makluman semua anda akan mula bersekolah pada 4 Januari 2015 bagi Kedah, Kelantan & Terengganu. Manakala bagi negeri yang lain anda akan mula bersekolah pada 5 Januari 2015. Dan jangan lupa pada musim banjir ini elakkan keluar bermain banjir di luar. Kerana dikhuatiri akan terkena 'sesuatu'. 

Takziah

Asalamualaikum,    

Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum akan musibah bertubi-tubi yang menimpa negara kita.

Antaranya ialah kehilangan pesawat MH370, kejadian MH17 di ditembak, dan yang terkini, banjir besar yang melanda di hampir sebahagian negara kita iaitu di pantai timur. 

Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Malaysia. Saya dan seluruh admin blog ini mengucapkan takziah buat penduduk yang terkandas. Semoga banjir akan surut memandangkan sesi persekolahan 2015 akan bermula beberapa hari lagi.

Doakan mereka ya, kawan-kawan!

Sumber: Oh! Media



Selamat Bercuti!

Asalamualaikum,

     Rasanya masih tidak terlalu lewat untuk mengucapkan selamat bercuti kepada semua orang. Mungkin pada masa ini ramai orang sedang membalut buku, membeli baju sekolah, terutamanya yang hendak masuk tahun 1 & tingkatan 1. Saya minta maaf banyak-banyak kerana sudah lama tidak update post. Puncanya adalah disebabkan kemalasan yang melanda. Ini pun disebabkan kakak saya mengingatkan saya tentang blog ini. Lebih sebulan saya tidak mengupdate blog. Jadi pada hari ini saya akan update post sebanyak 3 kali.