Saturday, 28 January 2017

Chinese New Year, Guys!

       Assalamualaikum and a very good morning to all students, :)

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina bagi warga Sekolah Sri Bangsar yang berbangsa Cina dan juga selamat bercuti kepada bangsa yang lain. Maafkan saya kerana sudah lama tidak mengupdate post. Ini kerana saya sedang sibuk belajar dan seringkali terlupa mahu update post juga disebabkan oleh kemalasan yang melanda (hehehe, jangan marah saya ye :D). Apa-apapun, gong xi fa cai! Bye for now!

Sunday, 10 April 2016

Maaf!

Assalamualaikum,

Maaf kerana sudah lama tidak mengupdate post. Ini kerana akibat kemalasan yang melampau. Juga saya sibuk belajar dan mengaji. Saya ambil kesempatan untuk memberitahu cara untuk mengetahui markah peperiksaan yang lalu secara online. SAPS ialah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Jadi cari di laman Internet. Mesti akan terpapar. Ok, itu sahaja. Selamat tinggal!

Thursday, 17 September 2015

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha!

     Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha! Maafkan saya! Saya hampir terlupa tentang kewujudan blog ini. Saya ingin memohon maaf daripada semua pembaca blog ini. Saya tahu kamu semua mahu membaca post yang terbaru. Jadi inilah post terbaru daripada blog Sekolah Sri Bangsar. Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha. Tentu semua sudah tidak sabar untuk pergi ke kampung halaman masing-masing. Lembu, kerbau dan kambing boleh dijadikan korban. Bagi peminat-peminat daging, menu apakah yang boleh dicadangkan kepada saya? Jika mahu memberi cadangan, sila komen di bawah post ini.

Friday, 1 May 2015

Selamat Hari Pekerja a.k.a Hari Buruh

        Selamat Hari Pekerja buat semua penjawat awam tidak kira cikgu mahupun pengawal keselamatan. Pertama sekali saya mahu memohon maaf kerana membiarkan blog ini terbengkalai. Punca saya tidak meupdate blog ini kerana malas dan kekurangan masa kerana saya masih belajar. Ok! Sambung fasal hari pekerja tadi, saya ingin menasihati semua orang supaya menghormati pekerjaan orang lain. Jika kita menghormati pekerjaan orang lain, orang itu juga menghormati pekerjaan kita. Kita juga mestilah menghormati orang lain hatta tukang cuci tandas. Seperti yang saya cakapkan tadi iaitu kita mestilah menghormati orang lain. 

Gosip Sri Bangsar

Saya dapat tahu daripada pelajar Sekolah Sri Bangsar bahawa Cikgu Amnah Jambul Kembang bersorak riang di bilik guru sambil berkata

"Yes! Akhirnya cuti juga selepas berbulan-bulan tidak cuti betul-betul."

Amboi cikgu! Seronoknya. Ni mesti kes tidak payah memikirkan masalah disiplin pelajar-pelajar Sekolah Sri Bangsar. Alamak nasi lemak! Tersilap cakap pula. Argh! Biarlah bukannya dia tahu kewujudan blog ini.





Monday, 29 December 2014

Ha, Tambah Seminggu Cuti!

 Asalamualaikum,      

Cuti sekolah akhir tahun telah hampir ke penghujungnya...
Waktu persekolahan semakin menghampiri...

Untuk makluman semua, tarikh persekolahan kita sudah ditukar, berikutan akibat banjir di pantai timur.

Tarikh sesi persekolahan 2015 ialah Kelantan, Terengganu, Kedah & Johor bermula pada 11 Januari 2015. Manakala negeri-negeri yang lain pula bermula 12 Januari 2015.

Saturday, 27 December 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah!

Asalamualaikum,

     Selamat kembali ke alam persekolahan! Tentu ramai yang masih sibuk dengan persiapan untuk pergi ke sekolah. Anda perasan tak bila anda pergi membeli-belah anda akan melihat jualan 'back to the school' di setiap tempat kita bershopping. Untuk makluman semua anda akan mula bersekolah pada 4 Januari 2015 bagi Kedah, Kelantan & Terengganu. Manakala bagi negeri yang lain anda akan mula bersekolah pada 5 Januari 2015. Dan jangan lupa pada musim banjir ini elakkan keluar bermain banjir di luar. Kerana dikhuatiri akan terkena 'sesuatu'. 

Takziah

Asalamualaikum,    

Saya pasti semua rakyat Malaysia sudah sedia maklum akan musibah bertubi-tubi yang menimpa negara kita.

Antaranya ialah kehilangan pesawat MH370, kejadian MH17 di ditembak, dan yang terkini, banjir besar yang melanda di hampir sebahagian negara kita iaitu di pantai timur. 

Ini merupakan banjir terburuk dalam sejarah Malaysia. Saya dan seluruh admin blog ini mengucapkan takziah buat penduduk yang terkandas. Semoga banjir akan surut memandangkan sesi persekolahan 2015 akan bermula beberapa hari lagi.

Doakan mereka ya, kawan-kawan!

Sumber: Oh! Media